Dah Kalah Kalah Lagi

Calon BN kalah dalam pilihanraya kecil ADUN Bukit Selambau dan Parliment Bukit Gantang kerana UMNO banyak memberi muka dengan menempatkan calon BN di Bukit Selambau dari parti MIC

Faktor-faktor penyebab kalah ialah:

  • Pembebasan pemimpin pertubuhan haram Hindraf dari ISA
  • Tun Dr Mahathir turut berkempan, sedangkan kemarahan UMNO terhadap Tun Dr Mahathir masih belum lupus.
  • Dato' Seri Najib dipandang rakyat seolah-olah remote control Tun Dr Mahathir, lebih-lebih lagi bagaimana Pak Lah dipaksa oleh Tun Dr Mahathir dan orang-orang mahathirsm supaya melantik Dato' seri Najib masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  • Timbalan President UMNO sekarang iaitu Tan Sri Mahyudin Yassin dinilai seolah-olah sebagai orang Tun Dr Mahathir.
  • MIC terlalu mendesak kerajaan, malahan janji-janji calon itu di Bukit Selambau jika menang kononya akan menjadi suara lantang kaum tamil. Ini menyebabkan ramai pengundi takut, perkauman MIC akan menjadi besar, menjadi buruk dan mengancam rasa aman yang dirasai sekarang.
  • Umno tidak mengambil pengajaran dalam pilihanraya kecil Ijok di Selangor apabila calon BN menang, iaitu dari parit MIC, dia mencerca UMNO yang memerintah kerajaan negeri ketika itu. Itu MIC baru memang kecil.
  • Malahan MIC baru jadi calon sudah menyuruh kerajaan membebaskan pemimpin pertubuhan haram hindraf, bagaimana nanti kalai MIC sudah menang, apakah desakan yang besar-besar akan mereka lakukan.
  • Rakyat marah kerajaan memberi jutaan ringgit kepada SKJ Tamil dalam ransangan ekonomi baru-baru ini, tetapi membiarkan sekolah agama ibarat membujur lalu melintang patah.
  • Kerajaan salah kerana mengekalkan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan mathematik. Seolah-olah kerajaan tidak memahami perasaan bangsa, tetapi kerajaan hanya tahu bahasa UNDI.
  • Pengundi baru dan pengundi atas pagar tidak mahu UMNO akan melakukan dosa besar apabila memang tahun 2004, Pak Lah sebagai perdana menteri dicerca oleh orang-orang UMNO sendiri, terutama oleh Tun Dr Mahthir sendiri. dan sebagai balasan kepada tidak puas hati, mereka tidak mengundi BN tahun 2008, dan jelas BN kalah.
  • Ketua Setiausaha Negara Dato' Sidek tidak mempu menjadi ketua kepada perkhidmatan awam, dan kerajaan perlua mencari pengganti yang baru, supaya pegawai-pegawsai awam akan membantu mendapatkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Umno terus bungkus jika masih tidak belajar dari kekalahan ini. Pengundi MIC penting atau pengundi bangsa sendiri penting?

end

Followers

Blog Archive