WAZZUB - The Power of "We"! Salam
Dengan sukacitanya saya menjemput untuk menjadi ahli,
percuma dan tiada apa apa syarat,
ia akan dilancarkan pada 9 april 2012

Jika benar web yang diwarwarkan ini,
kita akan bertuah sama.

InsyaAllah...

Harap baca dan fikir dua tiga kali dulu sebelum menyertai.

klik di sini
untuk mendapatkan borang, sila klik
dan borang itu, terletak di sebelah bawah
Salam
Dengan sukacitanya saya menjemput untuk menjadi ahli,
percuma dan tiada apa apa syarat,
ia akan dilancarkan pada 9 april 2012

Jika benar web yang diwarwarkan ini,
kita akan bertuah sama.

InsyaAllah...

Harap baca dan fikir dua tiga kali dulu sebelum menyertai.

klik di sini
untuk mendapatkan borang, sila klik
dan borang itu, terletak di sebelah bawah

Dah Kalah Kalah Lagi

Calon BN kalah dalam pilihanraya kecil ADUN Bukit Selambau dan Parliment Bukit Gantang kerana UMNO banyak memberi muka dengan menempatkan calon BN di Bukit Selambau dari parti MIC

Faktor-faktor penyebab kalah ialah:

  • Pembebasan pemimpin pertubuhan haram Hindraf dari ISA
  • Tun Dr Mahathir turut berkempan, sedangkan kemarahan UMNO terhadap Tun Dr Mahathir masih belum lupus.
  • Dato' Seri Najib dipandang rakyat seolah-olah remote control Tun Dr Mahathir, lebih-lebih lagi bagaimana Pak Lah dipaksa oleh Tun Dr Mahathir dan orang-orang mahathirsm supaya melantik Dato' seri Najib masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  • Timbalan President UMNO sekarang iaitu Tan Sri Mahyudin Yassin dinilai seolah-olah sebagai orang Tun Dr Mahathir.
  • MIC terlalu mendesak kerajaan, malahan janji-janji calon itu di Bukit Selambau jika menang kononya akan menjadi suara lantang kaum tamil. Ini menyebabkan ramai pengundi takut, perkauman MIC akan menjadi besar, menjadi buruk dan mengancam rasa aman yang dirasai sekarang.
  • Umno tidak mengambil pengajaran dalam pilihanraya kecil Ijok di Selangor apabila calon BN menang, iaitu dari parit MIC, dia mencerca UMNO yang memerintah kerajaan negeri ketika itu. Itu MIC baru memang kecil.
  • Malahan MIC baru jadi calon sudah menyuruh kerajaan membebaskan pemimpin pertubuhan haram hindraf, bagaimana nanti kalai MIC sudah menang, apakah desakan yang besar-besar akan mereka lakukan.
  • Rakyat marah kerajaan memberi jutaan ringgit kepada SKJ Tamil dalam ransangan ekonomi baru-baru ini, tetapi membiarkan sekolah agama ibarat membujur lalu melintang patah.
  • Kerajaan salah kerana mengekalkan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan mathematik. Seolah-olah kerajaan tidak memahami perasaan bangsa, tetapi kerajaan hanya tahu bahasa UNDI.
  • Pengundi baru dan pengundi atas pagar tidak mahu UMNO akan melakukan dosa besar apabila memang tahun 2004, Pak Lah sebagai perdana menteri dicerca oleh orang-orang UMNO sendiri, terutama oleh Tun Dr Mahthir sendiri. dan sebagai balasan kepada tidak puas hati, mereka tidak mengundi BN tahun 2008, dan jelas BN kalah.
  • Ketua Setiausaha Negara Dato' Sidek tidak mempu menjadi ketua kepada perkhidmatan awam, dan kerajaan perlua mencari pengganti yang baru, supaya pegawai-pegawsai awam akan membantu mendapatkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

Umno terus bungkus jika masih tidak belajar dari kekalahan ini. Pengundi MIC penting atau pengundi bangsa sendiri penting?

end

Hidraf bebas menyakitkan hati...

Dua orang hindraf yang diharamkan telah dibebaskan kerajaan hari ini menyakitkan hati rakyat yang cintakan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur,

Apakah faedahnya mereka dibebaskan sedangkan perbuatan mereka sangat keji dan buruk kepada orang ramai. Merekalah punca kepada huru hara dalam negara. Malahan banyak tenaga polis dan pegawai-pegawai keselamatan telah dinunakan semasa menangani masalah, tetapi kerja itu menjadi sia-sia sahaja apabila mereka dibebaskan.

Siapakah yang pandai-pandai membuat cadangan supaya mereka dibebaskan, sehingga Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkannya di semua stesen TV negara. Adakah mereka yang membuat cadangan itu ada agenda tersembunyi, bagi mencemarkan nama baik Perdana Menteri?

Persoalan ini sangat keras, kerana desakan pembebasan pemimpin Hindraf yang diharamkan itu datang dari puak-puak Hindraf sahaja. Sementara mana-mana NGO tidak ramai yang mendesak kerajaan, sebaliknya lebih ramai NGO yang mahu Hindraf itu terus diharamkan dan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram itu terus dihukum.

Kenapa tiba-tiba sahaja kerajaan mengalah dengan tuntutan puak Hindraf, adakah ada golongan kecil dalam MIC yang merupakan duri dalam daging mendesak?

BN khususnya UMNO tahu dan sedar, ramai rakyat sangat keciwa apabila calon untuk ADUN Bukit Selambau diserahkan kepada Genesan, seorang calon yang tidak diperlukan mewakili BN. Kenapa tidak dari UMNO? Dayuskah UMNO berhadapan dengan MIC?

MIC mungkin terdesak dan mahu pemimpin Hindraf yang diharamkan itu dibebaskan bagi mendapatkan sokongan kaum-kaum tamil, tetapi kaum-kaum tamil apakah mahu kepada pemimpin Hindraf, suatu pertubuhan haram. Adakah mereka dari kumpulan kaum yang menyokong kumpulan haram dalam negara ini?

Nampak jelas BN tersalah pilih calon ADUN Bukit Selambau, kerana belum pun menenag apa-apa, tetapi pihak calon BN dari MIC ini sudah membuat mendesak kerajaan. Apakah nanti apabila menang mereka tidak menjadi lebih parah. Relakah UMNO menjadi mangsa lagi seperti yang ditunjukkan oleh MIC apabila kalah PRU-13 tahun lalu. Adakah pisang akan berbuah dua kali?

Kerajaan bertindak tidak mengikut undang-undang, dan tidak tegas akan dianggap sebagai kerajaan lemah dan tidak perlu disokong, kerana rakyat yang mahu ialah sebuah kerajaan yang kuat dan tegas.

Untuk apakah membebaskan pemimpin Hindraf yang diharamkan? Apakah tindakan kerajaan menahan mereka itu salah? Jawabannya ialah kerajaan bertindak mengikut undang-undang ISA, dan ISA itu sendiri adalah undang-undang. Bukan satu kesalahan kerajaan mengikut undang-undang. Yang salah ialah apabila kerajaan tidak menggunakan ISA, kerana untuk ISA diadakan kalau kerajaan tidak menggunakannya.

ISA ialah undang-undang yang diluluskan rakyat, dan rakyat tidak boleh melanggar undang-undang yang diadakan. Selagi undang-undang itu tidak dimansuhkan, kerajaan kena memakai undang-udang itu.

Kerajaan boleh memansuhkan undang-undang itu melalui parlimen, tetapi kerajaan tidak mendapat sokongan parti, tidak mendapat sokong pegawai-pegawai kerajaan dan tidak mendapat sokongan NGO untuk memasuhkan undang-undang itu. Yang minta dihapuskan ISA lebih kecil dibandingkan yang tidak. Jadi kerajaan kenalah ikut.

Kerajaan seharusnya sedar bahawa Kerajaan Malaysia bukan sebuah badan yang mkenjdi kebajikan kepada kuam-kaum Hindraf yang diharamkan, tetapi kerajaan Malaysia ialah sebuah kerajaan yang kuat, mempunyai polis, mempunyai tentera, mempunyai pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat yang sanggup menjaga keselamatan dan pertahanan negara.

Sebahagian rakyat di Bukit Selambau akan membuktikan bahawa BN akan kalah kerana akibat tindakan yang silap ini.

end

UMNO belum mahu sedarkan diri
 
 
Walaupun sudah kalah banyak kali, tapi UMNO masih tidak sedarkan diri dan tidak mahu muhasabah, hingga sanggup menyerahkan kerusin ADUN Bukit Selambau kepada calon MIC.
 
Semua orang tahu MIC belum lagi diterima oleh masyarakat tamil di Malaysia, dan kemarahan pengundi akan dibuktikan sekalai lagi samada rakyat akan keluar mengundi calom pembangkang, undi rosak, mapun tidak keluar mengundi.
 
Ahli-ahli UMNO sudah lama bersabar dengan  sikap pemimpin yang ditugaskan memilih calon, tetapi kerana politik, kerana kuasa, UMNO sanggup menjual bangsa dan kepercayaan ahli.
 
Jika sikap UMNO yang tak mahu mengubah ini berterusan, perlukah ahli-ahli UMNO menyokong calon MIC jadi calon BN di Bukit Selambau nanti? Jawabnya adalah bacul jika berbuat demikian.
 
Umum sudah tahu, MIC adalah satu-satunya parti dalam BN yang menikam dari belakang dengan memperlecehkan kepimpinan UMNO apabila BN kalah dalam PRU-12 tahun lepas, sedangkan kekalahan BN seharusnya dipikul sama oleh semua orang dalam BN, tetapi MIC menyalahkan UMNO.
 
Saya percaya UMNO perlu memebetulkan segera sebelum penamaan calon sekejab lagi, supaya BN akan terus ditendang dari poltik dan kuasa negara.


Make the most of what you can do on your PC and the Web, just the way you want. Windows Live

Pas Sekarang Pandai

PAS mengambil peluang apa sahaja asalkan sokongan rakyat memihak kepadanya. Wajah seperti itu berbeza sangat-sangat daripada wajahnya di zaman dulu-dulu. Kini PAS menukar jubah dan tongkatnya dengan strateji dan diplomasi.

Rakyat dan guru-guru masih marahkan Tun Dr Mahathir kerana mata-pelajaran maths dan sains dalam bahasa inggeris, PAS mengambil isu ini sebagai isu rakyat, dan ramai yang gembira dengan senyap-senyap.

Akan tetapi menteri pelajaran nampaknya nak menegakkan benang basah, walaupun UMNO johor sendiri sudah memberi lampu hijau. Datuk Seri Hishamuddin tetap degil. Kenapa dia degil?

Kepentingan peribadi takut tak dapat sokongan UMNO? Jelas perhitungan Hishamuddin salah dan dangkal. Kenapa takut dengan orang-orang Tun Mahathir yang akan buat bising kalau matapelaran itu balik ke asal?

Saya kira Hishamuddin akan kalah dalam pertandingan Naib Presiden UMNO kalau dia tidak membetulkan keadaan, kerana dilihat Hishamuddin suka mengambil isu-isu retorik dn hipokrit dari isu-isu mengenai kementeriannya sendiri.

Saya berpendapat Khairi Jamaluddin semakin hari semakin disenangi lawan dan kawan, dia semakin hari semakin menambah markah untuk menang. Walaupun mukanya seakan-akan muka orang utan, tetapi dari hasil kerjanya dia lebih meyakinkan.

Dalam politik, siapa yang lebih pandai mencari pengaruh, dia akan memang, tetapi siapa yang dangkal dan dilihat banyak main kayu tiga, dia akan kecundang, yang bukan sahaja rakyat yang akan membencinya tetapi kawan sendiri akan menikam dari belakang.

UMNO Tak Pernah Insaf

Saya sangatlah susah hati kepada UMNO, sebab dia buat banyak benda yang merugikan bangsa dan agama, dan dia tidak pernah insaf walaupun sudah kalah dalam PRU-12, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Kenapa saya kata demikian?

  1. Pasal Air di Negeri Selangor: Khir Toyo dulu sudah jual air kepada syarikat syabas menyebabkan harga air di negeri selangor makin hari makin naik. Kerajaan negeri sekarang mahu beli itu syarikat, tapi para kapitalis dalam BN tak mahu kasi. Ini sangatlah menyusahkan rakyat. Saya anggap ini semua dosa BN zaman itu yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
  2. Sudah lama rakyat menjerit supaya kerajaan BN jangan degil bahawa budak-budak sekolah tidak betul belajar bahasa inggeris melalui mathematic dan sains. Ibarat yang dikejar tak dapat, dikendong tercicir. Tapi ini UMNO tidak insaf. Malahan dia sudah bikin tipu rakyat konon itu metolong tinggikan bahasa inggeris, tetapi budak-budak periksa bahasa itu pun jatuh juga. Yang lembaga peperiksaan naikkan graf keputusan maka baguslah keputusan maths dan sains, tapi markah mata pelajaran inggeris kenapa merosot? Apa sudah jadi?
  3. Ini ransangan mini baget, UMNO mahu besarkan sekolah jenis tamil. Apa pasal UMNO mahu bantu dan banyakkan sekolah tamil pun saya tidak faham, sedangkan sekolah tamil banyak melahirkan samsing-samsing. Di negeri sri langka sampai sekarang pun dia buat jahat. Malahan itu airport sri langka tamil elam boleh bom. Hai apa sudah jadi UMNO

Saya ingat Umno mesti bungkus lagi, sebab dia banyak tidak insaf, banyak susahkan dan banyak tipu.

Awas awas

Followers

Blog Archive