Pas Sekarang Pandai

PAS mengambil peluang apa sahaja asalkan sokongan rakyat memihak kepadanya. Wajah seperti itu berbeza sangat-sangat daripada wajahnya di zaman dulu-dulu. Kini PAS menukar jubah dan tongkatnya dengan strateji dan diplomasi.

Rakyat dan guru-guru masih marahkan Tun Dr Mahathir kerana mata-pelajaran maths dan sains dalam bahasa inggeris, PAS mengambil isu ini sebagai isu rakyat, dan ramai yang gembira dengan senyap-senyap.

Akan tetapi menteri pelajaran nampaknya nak menegakkan benang basah, walaupun UMNO johor sendiri sudah memberi lampu hijau. Datuk Seri Hishamuddin tetap degil. Kenapa dia degil?

Kepentingan peribadi takut tak dapat sokongan UMNO? Jelas perhitungan Hishamuddin salah dan dangkal. Kenapa takut dengan orang-orang Tun Mahathir yang akan buat bising kalau matapelaran itu balik ke asal?

Saya kira Hishamuddin akan kalah dalam pertandingan Naib Presiden UMNO kalau dia tidak membetulkan keadaan, kerana dilihat Hishamuddin suka mengambil isu-isu retorik dn hipokrit dari isu-isu mengenai kementeriannya sendiri.

Saya berpendapat Khairi Jamaluddin semakin hari semakin disenangi lawan dan kawan, dia semakin hari semakin menambah markah untuk menang. Walaupun mukanya seakan-akan muka orang utan, tetapi dari hasil kerjanya dia lebih meyakinkan.

Dalam politik, siapa yang lebih pandai mencari pengaruh, dia akan memang, tetapi siapa yang dangkal dan dilihat banyak main kayu tiga, dia akan kecundang, yang bukan sahaja rakyat yang akan membencinya tetapi kawan sendiri akan menikam dari belakang.

No comments:

Post a Comment

Followers

Blog Archive