Hidraf bebas menyakitkan hati...

Dua orang hindraf yang diharamkan telah dibebaskan kerajaan hari ini menyakitkan hati rakyat yang cintakan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur,

Apakah faedahnya mereka dibebaskan sedangkan perbuatan mereka sangat keji dan buruk kepada orang ramai. Merekalah punca kepada huru hara dalam negara. Malahan banyak tenaga polis dan pegawai-pegawai keselamatan telah dinunakan semasa menangani masalah, tetapi kerja itu menjadi sia-sia sahaja apabila mereka dibebaskan.

Siapakah yang pandai-pandai membuat cadangan supaya mereka dibebaskan, sehingga Perdana Menteri Dato' Seri Najib mengumumkannya di semua stesen TV negara. Adakah mereka yang membuat cadangan itu ada agenda tersembunyi, bagi mencemarkan nama baik Perdana Menteri?

Persoalan ini sangat keras, kerana desakan pembebasan pemimpin Hindraf yang diharamkan itu datang dari puak-puak Hindraf sahaja. Sementara mana-mana NGO tidak ramai yang mendesak kerajaan, sebaliknya lebih ramai NGO yang mahu Hindraf itu terus diharamkan dan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram itu terus dihukum.

Kenapa tiba-tiba sahaja kerajaan mengalah dengan tuntutan puak Hindraf, adakah ada golongan kecil dalam MIC yang merupakan duri dalam daging mendesak?

BN khususnya UMNO tahu dan sedar, ramai rakyat sangat keciwa apabila calon untuk ADUN Bukit Selambau diserahkan kepada Genesan, seorang calon yang tidak diperlukan mewakili BN. Kenapa tidak dari UMNO? Dayuskah UMNO berhadapan dengan MIC?

MIC mungkin terdesak dan mahu pemimpin Hindraf yang diharamkan itu dibebaskan bagi mendapatkan sokongan kaum-kaum tamil, tetapi kaum-kaum tamil apakah mahu kepada pemimpin Hindraf, suatu pertubuhan haram. Adakah mereka dari kumpulan kaum yang menyokong kumpulan haram dalam negara ini?

Nampak jelas BN tersalah pilih calon ADUN Bukit Selambau, kerana belum pun menenag apa-apa, tetapi pihak calon BN dari MIC ini sudah membuat mendesak kerajaan. Apakah nanti apabila menang mereka tidak menjadi lebih parah. Relakah UMNO menjadi mangsa lagi seperti yang ditunjukkan oleh MIC apabila kalah PRU-13 tahun lalu. Adakah pisang akan berbuah dua kali?

Kerajaan bertindak tidak mengikut undang-undang, dan tidak tegas akan dianggap sebagai kerajaan lemah dan tidak perlu disokong, kerana rakyat yang mahu ialah sebuah kerajaan yang kuat dan tegas.

Untuk apakah membebaskan pemimpin Hindraf yang diharamkan? Apakah tindakan kerajaan menahan mereka itu salah? Jawabannya ialah kerajaan bertindak mengikut undang-undang ISA, dan ISA itu sendiri adalah undang-undang. Bukan satu kesalahan kerajaan mengikut undang-undang. Yang salah ialah apabila kerajaan tidak menggunakan ISA, kerana untuk ISA diadakan kalau kerajaan tidak menggunakannya.

ISA ialah undang-undang yang diluluskan rakyat, dan rakyat tidak boleh melanggar undang-undang yang diadakan. Selagi undang-undang itu tidak dimansuhkan, kerajaan kena memakai undang-udang itu.

Kerajaan boleh memansuhkan undang-undang itu melalui parlimen, tetapi kerajaan tidak mendapat sokongan parti, tidak mendapat sokong pegawai-pegawai kerajaan dan tidak mendapat sokongan NGO untuk memasuhkan undang-undang itu. Yang minta dihapuskan ISA lebih kecil dibandingkan yang tidak. Jadi kerajaan kenalah ikut.

Kerajaan seharusnya sedar bahawa Kerajaan Malaysia bukan sebuah badan yang mkenjdi kebajikan kepada kuam-kaum Hindraf yang diharamkan, tetapi kerajaan Malaysia ialah sebuah kerajaan yang kuat, mempunyai polis, mempunyai tentera, mempunyai pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat yang sanggup menjaga keselamatan dan pertahanan negara.

Sebahagian rakyat di Bukit Selambau akan membuktikan bahawa BN akan kalah kerana akibat tindakan yang silap ini.

end

No comments:

Post a Comment

Followers

Blog Archive